🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
Perlis

DPPNPs Kemuka Cadangan Perkasa Ekonomi Perlis

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis mengemukakan kertas cadangan pembangunan negeri Perlis kepada Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man pada pertemuan yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut ketuanya Ustaz Muhammad Azmin Azizan, kertas cadangan berkenaan memfokuskan kepada beberapa perkara termasuklah isu ekonomi serta golongan belia di negeri ini.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis telah menyuarakan hasrat untuk bersama-sama kepimpinan kerajaan negeri dalam usaha membangunkan Negeri Perlis terutama daripada sudut ekonomi.

“Ada beberapa perkara telah kita suarakan (dalam kertas cadangan) antaranya soal pembangunan ekonomi pasca Bajet 2021, peluang pekerjaan dan isu pendidikan generasi muda serta pemerkasaan jentera penerangan negeri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Muhammad Azmir lagi, isu berkenaan dengan daftar pemilih turut disentuh pada pertemuan berkenaan.

“Kita juga mencadangkan beberapa perkara ke arah merancakkan lagi daftar pemilih dalam kalangan generasi muda khasnya, antaranya mewujudkan kaunter daftar pemilih dalam setiap program anjuran kerajaan negeri serta mengadakan kempen secara berkala.

“Alhamdulillah, respon daripada YAB Menteri Besar (terhadap kertas cadangan) amat positif,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️