🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

‘Tentera Merah’ Berganding Tenaga Bantu Mangsa Ribut

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – ‘Tentera Merah’, Jabatan Amal Malaysia (JAM) Dungun telah turun padang berganding bahu membantu membaikpulih atap rumah seorang mangsa ribut.

Ketua Operasinya, Utbah Hassan memberitahu ribut yang berlaku pada malam Khamis lalu telah merosakkan hampir 40 peratus atap rumah yang terletak di Kampung Gemia, Paka itu.

“Dengan disertai seramai 20 orang anggota Unit Amal, kami bergotong royong membaiki atap rumah yang rosak keesokan harinya supaya tuan rumah dan keluarga dapat tinggal di rumah tersebut dengan selesa,” katanya.

Beliau yang dihubungi selepas gotong royong tersebut pada Jumaat, bersyukur kerana kerja-kerja tersebut berjaya dilaksanakan.

Katanya, di musim tengkujuh, JAM Dungun memang sentiasa bersiap sedia menunggu arahan untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Kita (JAM Dungun) dalam mode ‘stanby’ untuk turun padang di dalam apa situasi pun, bila dan di mana.

“Memandangkan JAM bergerak menggunakan sumbangan orang ramai di dalam menjayakan program membantu rakyat, sumbagan orang ramai sangat diharapkan, “ujarnya.

Oleh itu katanya, kepada mereka yang ingin menyumbang, boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank, Jabatan Amal Dungun yang bernombor 5630 9100 7745.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️