🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
KelantanNegeri

Peguam sangkal propaganda Kelantan mundur

KUALA KRAI: Disebalik agenda pembangunan yang sering dilaungkan BN, negeri Kelantan pula dimomokkan mundur, namun realiti dan statistik pencapaian menunjukkan sebaliknya.

Penyelia PAS Dun Guchil, Mohd Hilmi Abdullah berkata, sekiranya diukur dengan jumlah kuasa beli rakyat dan kehadiran kunjungan pelancong ke Kelantan, ia nyata mengatasi negeri lain.

“Jumlah kuasa jual beli yang berlaku (di Kelantan) pada tahun lepas RM300 juta dengan kehadiran tiga juta pengunjung. Di Perlis RM300 ribu sahaja, Terengganu RM3 juta sahaja.

“Maknanya walaupun kata kita (Kelantan) susah, insyaAllah rakyat pitih (wang) ada. Tiap-tiap hari kita (rakyat Kelantan) bayar GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan),” sindirnya ketika berceramah di Kampung Tualang, Guchil, di sini kelmarin.

Sedangkan katanya, BR1M yang diberi Kerajaan Persekutuan cuma sekali dapat, tetapi rakyat Kelantan membayar setiap hari ke kantung Pusat.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Negeri Kelantan menyangkal propaganda kemunduran Kelantan dimainkan BN.

Antara bukti lain dikemukakannya ialah jumlah 212 firma guaman yang terdapat di negeri itu yang memiliki tidak kurang dua peguam dalam satu firma, bahkan terdapat hingga 20 peguam.

Jelasnya, jika Kelantan tidak membangun, sudah tentu para peguam juga ‘lari’ ke Kuala Lumpur kerana akan sukar menjalankan perkhidmatan mereka di negeri itu.

Bahkan sebaliknya ujar beliau, ramai peguam dari Kuala Lumpur turut membuka firma mereka di Kelantan. – HARAKAHDAILY 11/3/2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️