🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
KelantanNegeri

Jenazah Staff Harakah, Isteri Mantan Pengarah IT PAS Kelantan Selamat Dikebumikan

JENAZAH Pegawai Pentadbiran Harakah Cawangan Kelantan, Nooraisiah Deraman, 46 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Darulnaim di sini kira-kira jam 9.30 pagi ini.

Solat jenazah diimamkan Imam Muda Masjid Sultan Mansur Kampung Sireh di sini jam 9.00 pagi.

Hadir sama Timbalan Speaker Dun Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Datuk Che Abdullah Mat Nawi serta Adun Pulai Chondong Zulkifi Mamat.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Kampung Kota kira kira jam 2.15 petang semalam dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan suami Mohd Roslan Mohd Zain yang bertugas sebagai Pengurus Korporat dan Teknologi Maklumat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan yang juga mantan Pengarah IT PAS Kelantan, dan lima orang anak.

Allahyarham merupakan seorang kakitangan yang amanah dalam menjalankan tanggugjawabnya sejak memikul tugas itu 18 tahun lalu.

Roslan ketika ditemui memohon kemaafan mewakili arwah isterinya.

Beliau juga turut berharap sekiranya arwah ada berhutang dengan sesiapa dapat supaya dapat bertemu dengannya.

Ketika ditanya, beliau memaklumkan tiada sebang perubahan berlaku sebelum kematiannya.

“Arwah macam biasa, kecuali pada malam sebelumnya dia mengadu sesak nafas. Saya terus memujuknya supaya ke hospital, tetapi arwah berkeras tidak mahu,” ujarnya.

Sementara itu, kakaknya bekas Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Malaysia Nor Hashimah pula mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang menziarahi serta bertanya khabar adiknya. – HARAKAHDAILY 24/5/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️