🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Bajet 2021 Ambil Kira Keperluan Rakyat

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU- Pembentangan Belanjawan (Bajet) 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Terengganu ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 sudah tentu mengambil kira soal keperluan rakyat negeri ini.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, Bajet 2021 ini bagi membantu menjana semula ekonomi dan pendapatan masyarakat yang terjejas akibat virus maut itu.

“Saya yakin pembentangan Bajet kali pertama dalam suasana cabaran Covid -19 ini sudah tentu akanmengambil kira soal kesejahteraan rakyat.

“Terutama menjana semula ekonomi dan pendapatan rakyat yang terjejas akibat Covid-19,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa pembukaan Persidangan Mesyuarat Kali Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 14 di U2, Wisma Darul Iman, pada 23 November lalu.

Menurutnya, penyesuaian dengan norma baharu dalam menguruskan kepentingan ekonomi rakyat seperti ‘gig economy’ dan pemerkasaan “upskill” dan “reskill” kepada golongan sasar sudah tentu dalam pertimbangan kerajaan.

Sehubungan itu, Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kini sedang mengumpul dokumen lama bagi menerbitkan buku ‘Sejarah Dewan Undangan Negeri Terengganu’ yang ditubuhkan sejak tahun 1959 hingga sekarang.

“Saya berharap buku ini boleh dilancarkan pada tahun hadapan, Insya’Allah,” jelas.

Justeru itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar meletakkan setinggi-tinggi kebergantungan kepada Allah S.W.T dengan doa dan penuh kerendahan diri kepadaNya.

“Semoga negara dan negeri kita dibebaskan dari ujian Covid-19 ini danperjalanan hidup kita termasuk ekonomi, pulih seperti sediakala, bahkan lebih maju selepas ini, Insya’Allah,” ujar Dato’ Yahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️