Fokus kekang Covid-19 dan tolak politik rakus

Dikala rakyat sedang keresahan dengan peningkatan kes baru covid 19, kematian demi kematian dicatatkan, ketika kerajaan berhempas pulas melakukan pelan tindakan bagi memastikan wabak ini dikekang dan dihapuskan dari bumi Malaysia, saat sebahagian ahli politik mendokong segala arahanΒ² kerajaan bagi melancarkan perjalanan pemerintahan tibaΒ² segelintir ahli politik mengganggu gugat kestabilan ini dengan kerakusan terhadap kuasa, ketamakan terhadap pangkat, ingin menjadi penguasa tampuk pemerintahan.
Jangan kata rakyat, ahli politik yang jujur juga muak dengan juakΒ² yang tidak berhati perut danterus merancang mendominasi dalam saat kritikal ini.
Jika politik menjadi lebih penting dari keselamatan rakyat, maka apa lagi kebaikan yang boleh diambil dari puak rakus ini.
Perbalahan ada tempohnya dan ada gelanggangnya. Islam meletakkan kepentingan nyawa jauh lebih penting dari politik. Saat ini, kita wajib bertegas untuk mengekalkan kerajaan sedia ada. Tak perlu peduli akan kebodohan mereka.
Kami berpolitik, tetapi kami juga rakyat jelata. Kalau kami menindas rakyat dengan politik, kami juga sedang menindas diri kami sendiri.
Jika tindakan juak rakus ini mengheret kita sekali lagi kepada pilihan raya, maka kenangkan semula kataΒ² ini, “kebenaran telah terserlah apabila kebathilan menunjukkan dirinya”.
Mari kita bina negara sejahtera.
Aireroshairi Roslan
TKP DPPNP
1506 HRS
09102020
