Kelantan akan kunjung hormat PM
KOTAΒ BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengadakan kujungan hormat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam waktu terdekat.
Menteri Besar, Ustaz Datoβ Bentara Kanan Ahmad Yakob, berkata pihaknya sedang memilih waktu sesuai untuk mengadakan kunjungan itu.
Beliau juga memberitahu kerajaan negeri bersedia mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Tun Mahathir demi kepentingan rakyat.
βAntara perkara yang akan dibawa berbincang, mengenai tuntutan royalti minyak negeri itu sebanyak 5 peratus seperti yang termaktub dalam perjanjian sebelum ini.
βTetapi sekiranya dapat 20 peratus sebagaimana dalam menifesto PH, itu atas jiwa besar kerajaan baru dan kita sedia menerimanya,βujarnya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama selepas PRU14. βΒ HARAKAHDAILY 23/5/2018