Tiga penjuru: PAS Kelantan yakin masih mampu menang
PASΒ menyifatkan saingan sebenar parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah BN dan bukannya PAN.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ini kerana parti serpihan PAS itu bukan cabaran memandangkan terdapat sebahagian penyokong mereka telah kembali ke pangkuan PAS.
Malah beliau berkata, pihaknya yakin penyokong PASΒ tetap setia dengan parti itu.
βPada masa yang sama kita berharap hampir 40 peratus pengundi atas pagar cenderung memilih calon kita pada pilihan raya nanti.
βKita yakin pengundi atas pagar akan memberi sokongan kepada PAS untuk terus memerintah Kelantanβ ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di sini hari ini.
Che Abdullah turut yakin jika pertandingan tiga penjuru, kelebihan masih memihak pada parti Islam itu.
Tambahnya, rakyat di negeri ini dilihat tiada keperluan untuk mengundi parti lain.
Menurutnya, sebaliknya pengundi akan terus memberi kepercayaan kepada kerajaan Kelantan.
βTidak ada sebab penyokong PAS ingin menjatuhkan kerajaan negeri apa lagi sebahagian pengikut pemimpin PAN sudah kembali semula kepada kita,β ujarnya. βΒ HARAKAHDAILY 20/12/2017