Jangan Hanya Pandai Komen
Oleh :Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Sikap sesetengah individu yang hanya pandai memberi komen tanpa menyatakan cadangan penyelesaian terhadap sesuatu yang dibangkitkan amatlah dikesali.
Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun membidas sikap yang hanya tahu menunding jari kerana ianya tidak akan dapat menyelesaikan masalah.
“Sepatutnya bila kita nampak ada yang perlu dibaiki, nyatakan tindakan yang perlu, biar kita ada penyelesaiannya dan ianya mestilah tidak lari daripada apa yang digariskan Islam,” tegasnya.
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) itu berkata demikian ketika merasmikan Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) Raudhotul Solihin, Taman Rakyat Jaya di sini hari ini.
Alias Harun menandatangani plak sebagai gimik perasmian PASTI Raudhotul Solihin, Taman Rakyat Jaya.PASTI berkenaan merupakan yang ke 12 di DUN Rantau Abang dan mempunyai 24 orang pelajar.
Beliau turut berharap agar ibubapa dan masyarakat bersama berganding bahu membantu PASTI yang baru ditubuhkan itu terus bergerak demi mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam.
“Bersamalah kita membantu untuk menjayakan visi PASTI Pusat untuk melahirkan kanak-kanak pintar, soleh di Malaysia menerusi Pendidikan Pra-sekolah berasaskan Islam kerana Islam sajalah yang menjamin hidup kita,” ujarnya kepada ibubapa yang hadir.