NegeriTerengganu

Muslimat Tenaga Mahir Media

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Parti Islam SeMalaysia(PAS) Terengganu sentiasa pro aktif di dalam melahirkan muslimat dan Ameerah sebagai tenaga mahir di dalam tugasan media.

Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT), Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata PAS Terengganu berharap agar kerjasama semua pihak dalam PAS Terengganu untuk menjayakan hasrat ini.

β€œKita mahu muslimat dan Ameerah sentiasa dilibatkan di dalam kursus-kursus media sebegini,” ujarnya ketika merasmikan Bengkel Media di sini semalam.Menurutnya muslimat dan Ameerah juga perlu didedahkan dengan kemahiran teknikal untuk kepentingan dakwah di kalangan kaum hawa itu.

” Banyak program-program muslimat tidak mendapat liputan yang sepatutnya disebabkan kurang tenaga-tenaga mereka untuk melaksanakan tugas-tugas begini, sedangkan wanita adalah diantara sasaran utama dakwah kita, ” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️