NegeriTerengganu

Lim Guan Eng Wajar Dikenakan Tindakan

Oleh: Ikhwan

DUNGUN  – Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD) menggesa agar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng  dikenakan tindakan sewajarnya berikutan kenyataan  yang dipercayai akan mencetuskan sentimen perkauman.

Susulan daripada  ucapan  yang diterbitkan pada 3hb November baru-baru ini menerusi portal rasmi DAP yang bertajuk “ Speech by DAP Secretary-General and MP for Bagan Lim Guan Eng at the DAP Johor State Annual Convention in Muar”, satu laporan polis telah dibuat oleh sayap Parti Islam Se-Malaysia itu di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Dungun di sini pada 12 November.

Ketuanya, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata tindakan Setiausaha DAP itu sangat menyalahi undang undang kerana ia berbentuk hasutan dan bersifat provokasi.“Kami merasakan ucapan tersebut adalah berbaur sensitif, bersifat provokasi dan hasutan, berita palsu, tidak menghormati agama Islam dan orang Islam serta boleh menimbulkan perasaan benci, kacau bilau dan ketegangan antara kaum dan agama di Malaysia,” tegas beliau.

Justeru itu, Mohd Fadhli meminta agar pihak berkuasa menjalankan siasatan yang terperinci walaupun ia melibatkan seorang menteri.

“Kami membuat laporan polis ini sebagai tanda bantahan dan mengharapkan agar pihak polis mengambil tindakan terhadap individu yang menyampaikan ucapan tersebut, serta menyiasat insiden ini di bawah peruntukan undang-undang yang ada khususnya Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia”, tambah beliau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️