Konvensyen Pengurusan dan Pentadbiran PAS Negeri Johor
Konvensyen Pengurusan dan Pentadbiran PAS Negeri Johor
FARIIQUL AMIN / 27 OKTOBER 2019
AYER HITAM : Konvensyen Pengurusan dan Pentadbiran PAS Negeri Johor yang telah dianjurkan di Dewan Sertiik, Johor telah melabuhkan tirainya.
Semasa membentangkan kertas kerja beliau berkata, meskipun PAS tidak mampu untuk menyediakan kelengkapan prasarana kerja yang hebat, namun perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk terus kekal di tahap yang sama tanpa penambahbaikan.
Selain itu, beliau berpesan bahawa ahli PAS harus yakin dengan (strategi) pimpinan di peringkat pusat.
“Apa-apa yang Tuan Guru Presiden rancang dan arahkan pasti ada sandarannya sama ada Al Quran, hadith dan Nas.
“Paling tidak, keputusan itu bersabit dengan pedoman dari Sirah”, ujarnya.
Konvensyen ini diakhiri dengan sesi penggulungan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin.