Perak

Zakir Naik: PAS Perak sokong Mufti Harussani

Zakir Naik: PAS Perak sokong Mufti Harussani

IPOH – Pas Perak menyokong penuh kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang tidak bersetuju dengan tindakan menghalau penceramah bebas, Dr Zakir Naik keluar dari negara ini.

Ketua Penerangannya, Hafez Sabri berkata, umat Islam sewajarnya mengambil berat terhadap saranan Harussani supaya tidak sama mengikut seruan mana-mana individu yang mahu menghalau keluar penceramah tersebut.

Menurutnya, pemimpin Islam terutama di dalam kerajaan tidak seharusnya mengikut rentak kebencian pihak tertentu sehingga sanggup menghalang ceramah Zakir di negeri-negeri tertentu.

“Pas Perak menyokong penuh kenyataan dan saranan dikemukakan Mufti Perak semalam. Tidak ada sebab untuk mana-mana pihak menolak saranan tersebut kerana asas yang kukuh.

“Kita juga berharap kerajaan Perak menyokong kenyataan mufti dan tidak membuat keputusan seperti beberapa negeri Pakatan Harapan (PH) lain yang mengharamkan Dr Zakir ke negeri mereka,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Harussani yang tidak bersetuju dengan tindakan menghalau Dr Zakir keluar dari negara ini.

[

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️