NegeriTerengganu

Usah Berpeluk Tubuh, Lipat Gandakan Gerakerja

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Muslimat PAS diingatkan agar tidak lagi berpeluk tubuh dan leka dengan kemenangan yang diraih pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 dengan berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Terenggau.

Sebaliknya mereka mestilah melipat gandakan gerak kerja dan memperkasakan strategi yang diatur untuk mengekalkan kemenangan.

β€œGerak kerja kita mesti diperkasakan, dengan usaha yang sedang giat pihak kerajaan memerintah negara yang anti Islam dan mencampuri urusan agama Islam,” jelasnya.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) DUN Rantau Abang, Alias Harun mengingatkan demikian ketika merasmikan Majlis Brainstorming Muslimat DUN tersebut di Lubuk Kain, Kampung Shukor di sini pada 3 Ogos.

Menurutnya, tindakan mereka yang ingin menggubal mata pelajaran agama Islam dengan melantik anggota pengubal yang ada antaranya bukan Islam.

β€œMereka begitu berani bertindak kerana disokong oleh orang Islam yang celupar mempermainkan Islam,” tegasnya.

β€œJadi kepada muslimat yang hadir inilah, kita mengharapkan terus istiqamah berjuang melaksanakan arahan pimpinan,” ujarnya kepada muslimat yang menyertai program sehari itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️