Muktamar PAS : Ucapan Dasar Benteng Islam
oleh:Fidee Aziz
KUANTAN – Ucapan Dasar Presiden PAS semalam membuktikan kesucian Islam dan keagungan agama Allah S.W.T akan terus dibela.
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu,Husain Awang berkata kesucian islam akan menjadi teras di dalam ucapan dasar Presiden PAS semalam.
“Ucapan dasar merupakan benteng yang terakhir untuk mempertahankan kesucian Islam dan keangungan agama Allah S.W.T, ” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh wartawan di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA,Bandar Indera Mahkota,di sini, hari ini.
Menurutnya, ucapan yang mengambarkan tentang perkembangan politik semasa.
” Langkah-langkah yang perlu diambil dan difahami oleh para perwakilan kearah mengembalikan kedaulatan negara dan perlembangaan”,ujarnya lagi