20 Muslimat ‘Khatam’ Al-Quran
Oleh ; Rohayati Ripin
KUALA NERUS – Seramai 20 orang muslimat yang menyertai kelas Al – Quran telah pun menamatkan pengajian mereka.
Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, mereka telah diberi Anugerah Penghargaan sempena Khatam Al-Quran pada Sabtu yang lalu.
“Saya mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada guru al-Quran, dan para pelajar yang telah berjaya khatam.
“Semoga mereka mendapat keberkatan daripada kemuliaan al-Quran yang merupakan mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW itu,” ujarnya.
Beliau yang juga Setiusaha PAS kawasan Kuala Nerus berkata demikian ketika dihubungi pada hari, Isnin, 8 April.
Menurutnya, Kelas Pengajian Al-Quran Surau Al-Mawaddah Teluk Ketapang dikendalikan oleh guru al-Quran, Ayah Su Harun Ismail.
Kata Zakaria, kelas itu terbahagi kepada dua peringkat, iaitu muslimin diadakan pada hari Selasa malam Rabu, manakala untuk Muslimat pada hari Jumaat.
“Usaha yang dibuat oleh Ayah Su adalah merupakan satu usaha yang sangat besar dan mulia.
“Beliau telah berjaya mendidik pelajar-pelajar yang terdiri daripada golongan dewasa (muslimin dan Muslimat)dan kanak-kanak di beberapa tempat (surau dan masjid) di sekitar Seberang Takir ini,” jelasnya.
Justeru itu, beliau berharap agar kelas Al-Quran sebegini disokongoleh anggota masyarakat yang lain, termasuk bersama menyertai dan menggalakkan anak-anak mereka belajar al-Quran.
“Rasulullah SAW bersabda: (Maksudnya) “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.
“Pihak kami akan sentiasa menyokong usaha murni ini dan bersedia memberi bantuan dalam bentuk moral dan material bagi kelangsungan kelas-kelas al-Quran yang diadakan itu,” katanya.