NegeriTerengganu

Temasya Sukan Dekat PASTI Dengan Masyarakat

Oleh: Muhammad Najib Ismail

KUALA TERENGGANU – Temasya Sukan diadakan untuk mendekatkan Institusi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dengan masyarakat dan mengangkat syiar Islam dalam kalangan penduduk setempat.

Pengarah Program, Muhammad Zakaria berkata, ia merupakan medan yang baik untuk memupuk semangat bekerjasama, toleransi dan persaingan yang sihat antara anak-anak PASTI.

“Temasya ini dapat merapatkan ukhuwah dalam kalangan warga PASTI khususnya anak-anak PASTI, ibu bapa dan pihak penganjur.

“Dalam masa yang sama, ia dapat mencungkil bakat kesukanan dan menanam nilai-nilai Islam yang murni melalui aktiviti bersukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semalam, Sabtu, 6 April.

Menurutnya, hampir 600 penduduk setempat dan ibu bapa anak-anak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang terlibat dalam Temasya Sukan PASTI ini hadir untuk memeriahkan lagi suasana.

Tambah Zakaria, pelbagai acara yang dipertandingkan seperti bola jaring, bola sepak, acara balapan dan sukan rakyat.

Kata beliau, johan keseluruhan acara balapan dimenangi oleh PASTI Kuala Berang, johan khemah kontinjen terbaik dimenangi oleh PASTI Manir, johan bola jaring dimenangi oleh PASTI Ajil dan johan bola sepak dimenangi oleh PASTI Manir.

Program ini berlangsung di perkarangan Padang Bola Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Kampung Tok Randok, Ajil dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, YB. Maliaman Kassim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️