NegeriTerengganu

Jangan Terjebak Dengan Lontaran Politik Kesamaran

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Ahli PAS diminta supaya tidak terjebak dengan ‘lontaran politik’ yang menjuruskan kepada kekeliruan dan kesamaran.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Haji Husain Awang mengingatkan, situasi ini boleh menyebabkan berlaku kecelaruan dan menjadi tidak menentu di kalangan mereka.

“Cadangan mengadakan kerajaan campuran ialah cadangan spontan yang dicadangkan oleh Pemangku Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamad Hasan.

“Belum dibincangkan dan belum difikirkan oleh PAS dan tiada perbincangan samada secara rasmi ataupun tidak rasmi. Kita pun tidak jawab langsung gagasan yang dibawakan oleh beliau,” tegasnya.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS itu memberitahu demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun kali ke 60 di Pusat Tarbiyyah PAS Darul Ansor di Kampung Alur Mak Bah, di sini pada 30 Mac.

Katanya, PAS mengambil langkah bekerjasama dengan UMNO-Barisan Nasional bukannya untuk bergabung dan ianya bukan perkara baharu.

“PAS dan Umno pernah sepentas untuk bangkit menyatakan kebersamaan di dalam isu-isu Palestin, Bosnia dan Rohingya,” tambahnya.

Sehubungan itu, Ustaz Hussin mengajak perwakilan dan pemerhati yang hadir untuk mengembeling dan meningkatkan keupayaan.

“Di saat kita menjadi kerajaan dan (mempunyai) kuasa politik yang utama sekarang ini selepas kejatuhan Umno-BN,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️