Kampung Shukor Antara Cawangan PAS Yang Aktif
Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN – Kampung Shukor telah dipilih sebagai diantara cawangan yang aktif pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Dungun bagi tahun 2019.
Pengarah Majlis Tindakan DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata ianya menjadi penanda akan kebangkitan positif, yang mana penduduk semakin giat dan aktif mempromosikan PAS bagi menawan dan memenangi DUN Bukit Besi.
“Dipilih berada pada nombor dua, dimana tempat pertama telah dimenangi oleh PAS Cawangan Kampung Pinang dari DUN Rantau Abang. Amat diharapkan ianya akan memberi impak yang positif serta menjadi inspirasi pada cawangan yang lain di DUN Bukit Besi ini.
“Dan pada ucapan Penangguhan Yang DiPertua PAS (YDP) Kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan menyatakan akan memberikan perhatian kepada PAS DUN Bukit Besi, justeru itu bagi memastikan setiap cawangan di DUN Bukit Besi adalah satu kemestian dalam kita memenangkan DUN kita ini pada Piliharaya Umum yang akan datang ,” ujarnya.
Beliau berkata demkian, ditemui pihak media semasa hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Dungun kali ke-60, yang diadakan di Dewan Darul Ansor, Jalan Alur Mak Bah, Rantau Abang, Pada Sabtu, 30 Mac.
Sehubungan itu, beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Dungun, menyatakan beberapa program akan diaturkan sepanjang tahun ini, yang akan melibatkan semua segmen, terutamanya diantara pemuda dan muslimat DUN.
“Dimana kita akan gerakkan semua jentera kita untuk bergerak aktif di setiap cawangan. Di samping akan program menyeluruh di Peringkat DUN sudah tentu akan dipastikan akan ada di peringkat cawangan akan program-program tertentu.
“Dan mana cawangan yang tidak aktif kita akan cari jalan supaya aktif sebagaimana cawangan Kampung Shukor dan juga cawangan PAS Kampung Minda yang telah turut mempunyai ahli PAS yang semakin bertambah,”jelasnya.
Tambah beliau, tidak ada cara lain untuk menguasai DUN berkenaan melainkan melalui program-program yang mesti disusun atur, program-program berkenaan mestilah menyeliputi tarbiah dan dakwah bukan semata-mata program berbentuk hiburan semata-mata didalam menghimpunkan masyarakat.
“Piliharaya tidak boleh dianggap akan jauh lagi,dan hanya berprogram apabila menjelangnya pilihan raya.
“ini masanya untuk kita buktikan kepada masyarakat bahawa kita (PAS) sentiasa meletakkan fokus utama kepada masyarakat adalah untuk memberi kesedaran tentang Islam bagi membina kehidupan bermasyarakat supaya sentiasa dalam keadaan sejahtera,” tegasnya.