NegeriTerengganu

Tingkat Usaha Dakwah

Oleh : Muhamad Najib Ismail

HULU TERENGGANU โ€“ Tiga Institusi Pengajian Tinggi Islam PAS (IPTI), iaitu Kolej Darul Quran Islamiyyah (Kudqi), Koleh Islam Darul Ulum (KIDU) dan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) disarankan agar bergabung tenaga dalam usaha menyampaikan dakwah.

Pemangku Ketua Dewa Ulama PAS Negeri Terengganu, Ismail Osman Berkata, pengajuran sukan di peringkat institusi berkenaan diyakini mampu mengeratkan ukhwah namun jangan sampai terlupa dengan hasrat PAS.

โ€œJanganlah kita lupa tanggungjawab sebenar kita.

โ€ Seperti yang telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW yang menyuruh kita agar menuntut ilmu dan berusaha untuk menyampaikan kepada masyarakat sekeliling kita, โ€œujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika merasmikan Penutup Kejohanan Sukan IPTIP 2019, bertempat di Perkarangan KUDQI, Kubang Lembek, Manir, pada Sabtu 16 Mac.

Saranan beliau, agar ketiga-tiga IPTIP berkenaan bergabung tenaga dalam usaha menyebarkan dakwah sama seperti masing-masing bekerjasama dalam usaha untuk memenangkan kumpulan masing-masing dalam kejohanan berkenaan.

Sehubungan itu, kejohanan kali kedua peringkat institusi berkenaa yang berlangsung selama tiga hari bermula 14 Mac, Khamis dan telah berakhir 16 Mac, Sabtu, KUDQI telah muncul juara keseluruhan, naib johan dimenangi oleh KIDU, dan tempat ketiga oleh KUIZM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

๐Ÿ“ฑ ๐Ÿ“˜ ๐Ÿฆ โœˆ๏ธ