Jaga Fikrah dan Laksanakan Tugas Berkumpulan
Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Kakitangan Institut Modal Insan Terengganu(i-MiTS) diingatkan supaya menjaga fikrah agar tidak terpengaruh selain daripada PAS dan siapa yang diamanahkan sebagai ketua mesti bersama-sama kumpulan .
Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berharap tidak ada arahan menuding, tetapi arahan bersama.
“Apa yang kita(ketua) suruh orang buat, kita kena buat. Jadi kita harap kita buat kerja sebagai adik-beradik,” ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Dungun menjelaskan demikian ketika berucap mengalu-alukan majlis yang diadakan oleh kakitangan I-MITS meraikan ulangtahun beliau yang ke-68 di pejabat agensi berkenaan di sini pada 27 Februari.
“Ingat! Keputusan yang kita buat mesti dilaksanakan. Jangan sekali-kali(tidak patuh kepada keputusan mesyuarat), tidak berkat. Kita kena istiqamah dengan keputusan kita, buat dulu.
“Lepas tu dalam pengurusan, kita kena tengok balik. Sebab tu ada muhasabah. Ada yang tak kena kita bincang semula, kita buat keputusan semula.
“Jangan timbul, jangan kita kata, aku kata doh hari tu, ” sambungnya lagi.
Majlis ringkas itu juga turut dihadiri isterinya, Hajah Rugayah Mahmood yang merupakan Ketua Muslimat PAS DUN tersebut.