πŸ”΄ TERKINI
Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN
KedahSabah

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Libaran berlangsung dengan jayanya.

Oleh : Muhammad Salman Darwis
24 Februari 2019

Dengan perasmian disempurnakan oleh YDP PAS Kawasan Libaran, Abdul Waheed Mohamad, Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Libaran telah berlangsung pagi tadi.

Dalam ucapannya, beliau memuji Dewan Pemuda PAS Libaran ini kerana hampir setanding gerak kerjanya dengan kawasan – kawasan lain walaupun usia penubuhannya masih muda.

Beliau juga berpesan kepada semua pemuda untuk bersikap lemah lembut, toleransi dan saling memahami antara satu sama lain dalam mengukuhkan lagi ukhwah yang terbina atas dasar Islam itu.

“Pemuda haruslah melakukan gerak kerja dengan lebih bersungguh – sungguh tanpa merasakan diri kita itu adalah yang terbaik.” Tegas Abdul Waheed

Sebelum itu, majlis yang dimulakan dengan ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Libaran, Nasruddin Lahapin memberitahu semua pemuda untuk merapatkan lagi ukhwah agar jemaah ini terus kukuh dalam mendepani pelbagai mehnah dan tribulasi yang berlaku hari ini.

“Pemuda mestilah bijak dan berkebolehan dalam pelbagai aspek kerana kita adalah sayap kepada jemaah.” Tambah Nasruddin.

Diakhir majlis perasmian tersebut, Abdul Waheed telah menyampaikan cenderahati kepada Nasruddin atas sumbangan dan jasa beliau dalam memimpin Dewan Pemuda PAS Kawasan Libaran dalam tempoh 4 tahun semenjak penubuhannya lagi.

Turut hadir dalam perasmian tersebut adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Libaran, Zulkifli Mohamad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️