Pemimpin Bawahan Perlu Peka
Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Pemimpin PAS di peringkat bawahan diingatkan supaya peka dengan isu-isu semasa untuk berhadapan dengan masyarakat setempat.
Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan PAS Kawasan Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh Al-Hafiz berkata mereka mestilah mendapat maklumat yang betul tentang isu-isu tersebut.
“Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan orang-orang yang sentiasa mencari salah dan silap pemimpin-pemimpin dalam PAS,” ujarnya.
Ustaz Jamaluddin berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Cawangan Pulau Serai kali ke-59 di sini pada 8 Februari.
Beliau yang biasa disapa dengan panggilan Ustaz Ja itu, seterusnya menegaskan bahawa ahli – ahli parti di peringkat akar umbi mesti akur arahan parti.
“Kerja-kerja parti mesti dilaksanakan dengan mengikut arahan daripada pihak pimpinan atasan,” tegasnya.
Ustaz Ja yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Terengganu itu juga berharapprogram-program ilmu diperkasakan untuk memberi kekuatan dalam perjuangan parti.
“Dalam era kemenangan PAS, fokus kepada program-program yang berbentuk kerohanian seperti tarbiyah, tamrin, iftor(puasa isnin khamis) dan qiamullail, inilah program yang dapat memberi kekuatan kepada kita,” katanya.