πŸ”΄ TERKINI
Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN
Kelantan

Kelantan wujud Green City

KOTA BHARU:Β Rakyat Kelantan berpeluang menikmati wifi percuma yang melibatkan 10 lokasi di kawasan bandar Kota Bharu.

Antara lokasi terbabit iaitu Medan MARA, Jalan Dato’ Pati (stesen teksi), Jalan Doktor (Pejabat Kesihatan Kota Bharu), Medan Ilmu dan Jalan Parit Dalam (BSN).

Selain itu Dataran Cheng Ho, Bulatan Jam Besar, Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu dan Medan Usahawan (perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV).

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, usaha tersebut merupakan sebahagian pelaksanaan manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 14 untuk menyediakan wifi percuma kepada rakyat.

Katanya kemudahan wifi percuma disediakan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Infra Quest Sdn Bhd diberi tanggungjawab dalam bidang pembangunan dan pendigitalan di Kelantan.

β€œJawatankuasa Teknologi Hijau mengambil langkah proaktif mewujudkan sebuah Jawatankuasa Pemandu Pelan Induk Pembangunan Mampan pada November lepas.

β€œJawatankuasa itu merancang pembangunan menyeluruh di Kelantan melibatkan aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar,” katanya pelancaran Wifi percuma tersebut semalam.

Menurutnya juga jawatankuasa berkenaan mewujudkan Green City dan Digital City di empat bandar iaitu Kota Bharu, Tunjong, Tok Bali dan Lojing.

Kata beliau Green City dan Digital City hasil perjanjian persefahaman dengan Telekom Malaysia. –Β HARAKAHDAILY 22/1/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9479-kelantan-wujud-green-city

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️