Hadkan Masa Pendidikan Agama: Tindakan Orang Munafik.
Oleh :Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ingin menghadkan masa mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah kebangsaan adalah menampakkan sikap orang munafik yang takut dengan Islam.
Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli menyifatkan mereka lupa suatu hari nanti mereka akan kembali kepada Allah.
” Mereka nak menghadkan masa subjek agama di sekolah kebangsaan sebab mereka mengatakan sekolah kebangsaan menjadi sekolah agama,” ujar beliau.
Fadhli berkata demikian ketika menyampaikan kuliah maghrib di Surau Kubur Gong Pasir di sini, 30 Disember.
Menurutnya golongan ini tidak takut kepada Allah Subhanawata’ala, Islam agama yang datang daripadaNya.
” Allah sebut, generasi yang dipilih oleh Allah yang nak berjaya di dunia dan di hari akhirat, maka mereka hendaklah menjadi pembantu dalam agama Islam,” katanya
Maka, tegas beliau, apabila berbicara tentang Islam, seluruh kehidupan mestilah tidak diabaikan Islam samada kata-kata dan praktikal kehidupan kita.
” Bekerja, berkeluarga, berpolitik dan bernegara, mendidik keluarga kita dengan agama, mengajar anak-anak tentang agama, mendidik isteri tentang agama,” jelasnya lagi.