NegeriTerengganu

Pemuda Dan Ameerah Kerja Keras

Oleh: Fidee Aziz

MARANG – Pemuda PAS dan Ameerah bekerja keras untuk melahirkan anak-anak muda yang berilmu dan terus berbakti kepada agama dan negara melalui Kem Remaja Muslim 4.0 (KEMIM).

Pengarah Ameerah Negeri Terengganu, YB Hajah Zuraida Binti Md Nor berkata, peserta kem tersebut diterapkan dengan nilai-nilai kemasyarakatan di dalam diri mereka.

“Saya merayu kepada adik-adik semua, seorang remaja haraki dapat mengembangkan nilai-nilai perjuangan di dalam tengah-tengah masyarakat.

“Kita sebagai contoh kepada anak-anak muda di dalam kampung kita, kalau ada program gotong – royong atau bersih (rumah) mangsa banjir kita (mesti) kehadapan,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Wanita itu berkata demikian ketika merasmikan Program KEM REMAJA MUSLIM 4.0 di Marang Village pada Sabtu, 15 Disember.

Tambah YB Zuraida,program kebajikan di setiap kawasan-kawasan atau DUN telah menjadi salah satu agenda penting untuk Ameerah dan Pemuda PAS itu sendiri.

“Kami (Ameerah) dan Pemuda PAS telah bekerja keras untuk turun ke akar umbi bagi kecaknaan berkenaan isu kebajikan dan kemasyarakatan,” ujarnya.

Justeru itu, beliau mengharapkan pendidikan politik perlu diterapkan ke dalam diri peserta KEMIM ini supaya dapat memilih pemimpin yang betul dan menjalankan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai perlembagaan negeri.

Program tersebut turut dihadiri, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu,Ustaz Mohd Nasir Abdul Razak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️