NegeriTerengganu

MTD Bukit Besi Kehilangan Bendahari Yang Berjasa

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Besi, pada hari ini kehilangan seorang petugas yang disifatkan sebagai ‘permata’ yang begitu berharga.|

Pengarah MTD Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata Allahayarham Pauzi Mustafa merupakan Bendahari menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Beliau berkata arwah begitu disenangi dan disayangi oleh jemaah sepanjang hayatnya, meninggal dunia pada 9.00 pagi, Selasa 29 Oktober.

“Arwah berjuang dalam PAS sekian lama, begitu berjasa dalam menjadi pengerak kepada PAS Bukit Besi.

“Arwah meninggal di Hospital, kerana mengalami penyakit yang agak kronik, menghidapi penyakit kencing manis, batu karang dalam hempedu, serta saluran darah sempit.

“Kerana arwah semasa hayatnya begitu baik dan rahmah, serta mesra dengan semua orang, dan amat menjaga silaturrahim harini dapat dilihat, solat jenazah beliau dihadiri ramai orang sehingga memenuhi seluruh ruang surau Seren, Bukit Besi,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui sebaik selesai pengurusan jenazah di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Besi pada Selasa 29 Oktober.

Menurutnya, seluruh kepimpinan DUN Bukit Besi, DUN Rantau Abang, DUN Sura, DUN Paka hadir, memberi penghormatan kepada arwah Pauzi Mustafa.

“Turut hadir, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik, dan hadir sama, Cikgu Wan Alias Harun.

“Saya difahamkan bahawa Pauzi Mustafa (si mati) merupakan anak murid kepada Yb Cikgu Alias Harun,” ujarnya.

Sehubungan itu, Haji Ghazali berkata, arwah seorang yang amanah dan penuh berdedikasi, dan juga merupakan nadi penting kepada perjuangan PAS.

“Kerana sifat amanah yanf ada pada beliau itulah yang mendorong seluruh kepimpinan MTD Bukit Besi melantik beliau sebagai bendahari.

“Pengakhiran beliau, meninggal dalam perjuangan Islam, sebagaimana yang diimpikan beliau dimakbulkan.

“Semoga arwah akan ditempatkan di kalangan mereka yang mendapat kemuliaan di sisi Allah.” jelasnya.

Menurutnya lagi, arwah akan sentiasa dikenang, dan diingati, dan akan sentiasa bersemadi didalam fikiran setiap ahli PAS DUN Bukit Besi, kerana itu kehilangan beliau disifatkan sebagai kehilangan permata jemaah yang begitu berharga dan berjasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️