PRN Negeri Sembilan 2026 | Senarai Penuh Calon Perikatan Nasional-PAS Bertanding
NEGERI SEMBILAN — Berikut senarai penuh 5 calon Perikatan Nasional-PAS yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sembilan (PRN-16), dijadualkan pada 1 Ogos 2026.
1. N.25 Paroi — Haji Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Calon No.3)
ADUN Paroi (2023–2026), mempertahankan kerusi yang dimenangi dengan majoriti 5,539 undi pada 2023. Kerusi ini menyaksikan pertarungan 3 penjuru — bersaing dengan Ahmad Shahir Mohd Shah (Pakatan Harapan-AMANAH) dan Mohd Nazree Mohd Yunos (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).
Baca lengkap: Kenali Calon Paroi · Profil Kerusi N.25 Paroi
2. N.05 Serting — Ustaz Fairuz Isa (Calon No.1)
ADUN Serting (2023–2026), mempertahankan kerusi dengan tawaran rasmi “Tawaran No.5 Serting” (KITOJAGO).
Baca lengkap: Kenali Calon Serting · Profil Kerusi N.05 Serting
3. N.14 Ampangan — Dato’ Dr Rafie Malek (Calon No.3)
Bekas ADUN Ampangan (2018–2023) dan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, kini bertanding di bawah panji Perikatan Nasional-PAS untuk merampas semula kerusi yang pernah diwakilinya.
Baca lengkap: Siapa Dr Rafie Malek
4. N.31 Bagan Pinang — Ustaz Abdul Fatah Zakaria (Calon No.2)
ADUN Bagan Pinang (2023–2026), mempertahankan kerusi yang dimenangi dengan majoriti 3,426 undi pada 2023, dengan tawaran rasmi “Tawaran N31 Bagan Pinang” (KITOJAGO).
Baca lengkap: 69 Fakta Ustaz Fatah · Profil Kerusi N.31 Bagan Pinang
5. N.11 Lobak — Dr Kumar Paramasivam (Calon No.1)
Calon aktivis kebajikan merentas kaum, aktif dalam bantuan sosial dan sukarelawan hospital lebih dua dekad.
Baca lengkap: Siapa Dr Kumar Paramasivam
Sumber: Biodata rasmi kempen Perikatan Nasional Negeri Sembilan; rekod pilihan raya ElectionData.MY.