Kenyataan Mujahid Mengundang Kekeliruan
Oleh : Nooreni Abu Bakar
KUALA TERENGGANU – Kenyataan Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang seolah-olah menyokong golongan gay boleh mengundang kekeliruan di kalangan anak muda dan kanak-kanak bahawa amalan songsang mereka bukanlah satu kesalahan.
Ketua Muslimat PAS Dungun, Hajah Khairiah Mokti berkata, sebagai seorang menteri adalah tidak sewajarnya beliau mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengiktiraf mereka.
“Sepatutnya kita(dia) tak patut bagi kenyataan macam tu sebab kita(dia) macam bagi ‘support’ atau ‘signal’ kepada gay ni sebagai tak salah”,ujar beliau.
Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Terengganu itu berkata demikian ketika dihubungi di pejabatnya di sini pada 30 Oktober.
Khairiah diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Agama) itu, yang menyebut “Tidak semua 300 000 gay yang direkodkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) terlibat dengan hubungan songsang”.
“Maknanya ‘support’ , nyatakan apa yang kerajaan akan buat untuk menolong mereka kembali semula kepada fitrah kehidupan kita kepada lelaki yang normal (sepatutnya) dia buat kenyataan macam tu”, jelas beliau.
Beliau turut menyarankan supaya kerajaan berusaha menyediakan satu modul atau satu program yang berterusan untuk mengembalikan mereka kepada kehidupan normal.
“Sekarang ni peranan ibu bapa mesti kuat lagi, macam mana ibu bapa kita buat dulu-dulu”,
“Dari kecik lagi kita asingkan, kerja-kerja lelaki dan kerja – kerja perempuan, supaya dia(anak – anak) tak confuse, aku ni lelaki ke perempuan”, sambung beliau.
Malah tambahnya , dalam Islam dari sudut feqah jelas, pengasingan antara anak lelaki dan anak perempuan.
“Tapi masalahnya,(kita) tidak mengambil pelajaran daripada Al-Qur’an, kita tidak mengamalkan apa yang Nabi arahkan kepada kita, menyebabkan kita, anak – anak kita sekarang ni, boleh jadi keliru LGBT siapa”, terangnya mengakhiri perbualan