NegeriTerengganu

Muslimat Terkilan Rakyat Masih Tidak Peka

Oleh: Nooreni Abu BakarKUALA TERENGGANU- Muslimat Terengganu menerima dengan hati terbuka keputusan Pilihan Raya Kecil(PRK) Port Dickson tetapi  terkilan kerana rakyat masih tidak peka dengan tindak-tanduk parti pemerintah.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu(DMPNT) Hajah Shamsiah Abu Bakar berkata Kerajaan Pakatan Harapan(PH) yang telah mengingkari janji-janji  manifesto pilihanraya.

“Dan amat menyedihkan bila membenarkan agenda yang menyentuh sensitivi umat Islam diadakan di negara ini”, ujar beliau yang dihubungi di sini pada 14 Oktober.

Shamsiah yang juga Ketua Muslimat DUN Batu Buruk itu diminta mengulas kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi PRK Port Dickson yang berlangsung semalam.

Beliau yang memuji kesungguhan muslimat yang berkempen dengan mendekati rakyat melalui program yang telah dirangka.

“Selain dari program rutin setiap kali pilihanraya untuk menyantuni pengundi melalui kempen rumah ke rumah”, ceritanya lagi.

Menurutnya muslimat Terengganu juga telah mengadakan program Hi-Tea bersama calon “Makan keropok lekor Terengganu” dan “Masak Bubur Asyura Terengganu.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️