Sidang DUN Terengganu DiPerkasa
DUNGUN – Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang terajui Parti Islam Se-Malaysia(PAS) diperkasakan dengan memperkenalkan pengurusan Dewan secara digital(e-dewan).
Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun berkata dengan sistem e-dewan, ahli dewan undangan hanya perlu ‘key in’, soalan-soalan bertulis dan juga lisan.
“Jadi tidak payah guna kertas seperti sidang sebelum ini, dan ianya memudahkan untuk buat rujukan di masa depan”, ujarnya beliau yang terpilih selama dua penggal sebagai ADUN Rantau Abang.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri memuji langkah pembaharuan yang dilakukan Yang Dipertua DUN, Yang Amat Berhormat Tuan Haji Yahya Ali.
Hasil lawatan beliau ke DUN-DUN Kelantan, Selangor dan Perak” ujar beliau yang dihubungi di sini pada 2 Oktober.
Beliau yang turut hadir Kursus Pengurusan Undang-Undang Tanah, Protokol dan Sistem E-Dewan kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri di adakan di sebuah hotel di Kuala Terengganu pada 1 Oktober.