Bantuan Persekolahan; Kerajaan PAS Laksana Tanggungjawab
SETIU – Bantuan persekolahan 2019 yang diumumkan kerajaan negeri kepada rakyat Terengganu yang berkelayakkan, adalah satu tanggungjawab dalam menyelesaikan masalah rakyat.
Menurut Ketua Urusan Ulama Kawasan Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda kecaknaan dan prihatinnya kerajaan terhadap bebanan hidup dan masalah yang dihadapi rakyat ini perlu disyukuri.
“rakyat perlu menyokong dan mendokong segala usaha kerajaan yang meletakkan kebajikan rakyat dihadapan,
“kerajaan ini perlu dipertahankan daripada sebarang anasir yang cuba menjatuhkannya”, ujar Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS) Parlimen Setiu itu.
Ustaz Mohd Pauzi berkata demikian ketika ditemui mengadakan lawatan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat di Dewan Undangan Negeri(DUN) Batu Rakit di sini, 4 Oktober.
Beliau berharap pegawai kerajaan di i-MiTS dapat memainkan peranan besar dalam membantu rakyat yang telah memberi mandat kepada PAS untuk memerintah negeri sekarang.
Permohonan bantuan awal persekolahan sesi 2019 dengan dana peruntukan sejumlah RM12 juta diumumkan kerajaan negeri kini boleh dibuat secara online melalui laman sesawang i-dana.terengganu.gov.my sehingga 21 Oktober 2018.