KelantanNegeri

Aduan penduduk Kampung Bakat diberi perhatian, isu bekalan air antara keutamaan

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media ADN Gual Periok

RANTAU PANJANG, 9 Julai – Aduan penduduk Kampung Bakat terus diberi perhatian dengan isu bekalan air dikenal pasti sebagai antara keutamaan yang akan dibawa kepada pihak berkaitan bagi tindakan susulan demi memastikan kebajikan serta keselesaan penduduk sentiasa terpelihara.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Gual Periok YB  Kamaruzaman Mohamad berkata, perkara itu dibangkitkan oleh penduduk ketika beliau menyantuni masyarakat di Kampung Bakat bagi mendengar sendiri suara serta permasalahan yang dihadapi mereka.

Menurutnya, selain isu bekalan air, beberapa aduan lain turut dikemukakan oleh penduduk yang memerlukan perhatian serta penyelesaian daripada agensi berkaitan.

“Antara isu yang dibangkitkan ialah masalah bekalan air serta beberapa aduan lain yang memerlukan perhatian. Insya Allah, setiap aduan yang diterima akan dibawa kepada pihak berkaitan untuk tindakan susulan demi memastikan kebajikan dan keselesaan penduduk sentiasa terpelihara,” katanya di laman rasmi, semalam.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️