NegeriTerengganu

Mini Karnival Bukit Besi Bawa Impak Positif

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Cadangan kerajaan Negeri menganjurkan Program Mini Karnival di DUN Bukit Besi disambut baik kerana akan memberi impak yang positif.

Setiausaha Majlis Tindakan DUN Bukit Besi, Khaziman Khalik berkata Mini Karnival yang bakal berlangsung selama 3 hari pada awal November nanti akan dipastikan dapat dijayaan dengan baik.

“Kita akan pastikan ianya akan berjalan dengan lancar, memandangkan ianya merupakan kali pertama dianjurkan,

“Pihak Majlis Tindakan Dun Bukit Besi akan melakukan persiapan yang terbaik mulai sekarang,

“program ini akan menjadi pemangkin kepada PAS bagi memastikan Bukit Besi bakal ditawan oleh PAS pada Pilihanraya Umum yang ke 15 akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Isnin 1 Oktober, ketika mengulas mengenai anjuran Mini Karnival peringkat DUN Bukit Besi.

Menurutnya pelbagai aktiviti besar bakal mengamit pengunjung apabila diadakan nanti.

“Buat masa ini saya tidak bersedia lagi untuk maklumkan, kerana risau akan berlaku perubahan yang tidak dijangka selagimana jadual rasmi tidak dikeluarkan lagi,

“segala-galanya masih dalam perbincangan mengenai agenda dan ativiti yang disusun atur pada program itu nanti,” ucapnya.

Beliau turut menyatakan peluang yang diberi oleh kerajaan neger itu bolehlah diumpamakan ‘pucuk dicita, ulam mendatang’ kerana ianya akan membuka peluang untuk seluruh Rakyat Negeri Terengganu bertumpu di DUN Bukit Besi nanti.

“Walaupun ianya sekadar Mini Karnival, tetapi ianya merupakan program yang besar dan akan memberi pengalaman kepada kami,

“setidak-tidaknya ianya akan menjadi batu asas untuk PAS bertapak lebih kukuh di DUN Bukit Besi, ianya akan menjadi semaian yang akan membenihkan kejayaan pada masa akan datang,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️