Impak Muktamar PAS kali ke 64 : Kurang Pertembungan PAS Dan Umno
Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU โ Impak Muktamar PAS kali ke โ 64 telah mengurangkan pertembungan diantara PAS dan Umno di Negeri Terengganu.
Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sebelum ini PAS โberseteruโ dengan Umno atas dasar prinsip mahu menegakkan Islam.
โ(Muktamar PAS kali ini) pelik dengan kehadiran yang selama ini BN bertembung dengan PAS,
โtapi kali ini pemimpin Umno datang kepada muktamar PAS,โ katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Rabitah Sekolah Pondok dan Agama Rakyat negeri Terengganu di Tingkat 18 Wisma Darul Iman pada semalam, Selasa 18 September.
katanya, walaupun negeri Terengganu bersaing sengit antara Umno dan PAS namun ia dapat dikendurkan apabila pemimpin boleh bekerjasama.
Tambahnya, beliau rasa banggadengan kerjasama ke dua pihak antara ahli PAS dan Umno bersama-sama membangunkan negeri Terengganu.
โKehadiran para pelancong datang untuk mengenali negeri Terengganu,
โ(dan) saya yakin dengan karnival maju berkat dan sejahtera membuka hati pengunjung untuk terus datang ke negeri Terengganu,โ ujarnya.
Justeru beliau berharap dengan kehadiran para pengunjung dapat memberi kesan kepada ekonomi negeri Terengganu.