Ucapan Dasar: Perwakilan Setuju Islam Mesti Diutama
KUALA NERUS – Ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Kali-64 memberikan perangsang kepada kepada ahli dan para penyokong.
Perwakilan dari Lemaman Amri Mat berkata, khususnya dalam menjayakan misi kita dalam mendaulatkan Daulah Islamiyah.
“Dimana jalan terbaik yang akan kami ambil ialah secara matang dan sejahtera tidak kira kawan atau lawan,
“kita tetap istiqamah dengan dasar kita, insyaAllah kita akan laksanakan arahan Presiden sehingga PRU akan datang.
“Saya yakin dengan pelbagai isu yang berlaku, PAS akan terus ke hadapan dengan meletakkan Islam sebagai rujukan yang utama dengan pelbagai masalah yang berlaku dalam negara kita samada oleh kerajaan dahulu atau sekarang,” ujarnya.
Menurut Amri, dengan sikap berbaik yang ditunjukkan dengan lawan, PAS akan mendapat kelebihan ditambah pula dengan contoh yang ditunjukkan oleh kedua-dua negeri Kelantan dan Terengganu, bagi menambat hati rakyat.
Beliau turut menyentuh penekanan Presiden bahawa PAS boleh berbaik dengan sesiapa sahaja asalkan mereka mematuhi kehendak PAS yang berteraskan Islam, PAS akan bersama semua pihak.
Sementara itu, Ustaz Mustaqim Aling (Gambar atas) , wakil Kota Belud berpendapat, beliau secara peribadinya sudah dapat satu keputusan berkaitan dengan beberapa isu yang sedang melanda sekarang ini, tetapi pastinya perlu dibahaskan lagi.
“Keadaan sekarang sudah berubah, dahulu musuh, sekarang sudah seperti menjadi kawan, dan pastinya keputusan muktamar, akan dipatuhi dan ditunaikan dengan sebaiknya.
“Isu ini masih belum matang, walaupun mungkin pimpinan sudah mempunyai ‘stand’ mereka, tetapi ia perlu dicanai oleh perwakilan yang bijak pandai.
“Kita mencari titik persamaan bagi isu ini dan sudah pastinya Islam mesti diletakkan pada tempatnya dan Melayu yang sebagai kekuatan tambahan bagi Islam,” terang beliau.
Beliau juga berpendapat hampir keseluruhan ucapan dasar itu menarik dan mengandaikan perbahasan nanti akan menjadi menarik.