Keputusan PRK Seri Setia: Motivasi Untuk PRU15.
Oleh : Nooreni Abu Bakar
KUALA NERUS – Keputusan Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri Seri Setia sewajarnya menjadi penyuntik semangat dan motivasi untuk petugas parti menggerakkan kerja-kerja untuk kemenangan PAS di Pilihan Raya Umum(PRU) ke 15 akan datang.
Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu, Hajah Zarani Othman, berkata dengan kemerosotan majoriti yang hanya empat ribu berbanding 20 ribu diperolehi Pakatan Harapan(PH) di PRU14, memberi petanda pengundi sudah beralih kepada PAS terutamanya pengundi muda.
“Dengan peratus yang keluar mengundi hanya 44%, menunjukkan pengundi berasa muak dengan sikap pemimpin – pemimpin”,
“Yang ‘cakap tak serupa bikin’. terutama pemimpin – pemimpin PH yang tidak menunaikan janji-janji manifesto PRU14 untuk dilaksanakan, “jelas beliau lagi.
Beliau yang ditemui di Kompleks Tarbiah Darul Taqws(KOMTAQ) pada 9 September di sini, diminta mengulas keputusan PRK Seri Setia yang telah diadakan 8 September di mana menyaksikan PAS berjaya mengurangkan majoriti undi yang dimenangi PH di PRU14.
“Saya menyeru kepada semua petugas – petugas kita, mulai dari sekarang kita kena bersiap untuk PRU15.,kita turun ke bawah memasyarakatkan PAS dan melaksanakan kerja – kerja kebajikan”, ujar Ketua Muslimat Marang itu.
Zarani seterusnya berharap peluang PAS sebagai kerajaan di Negeri Terengganu ini, hendaklah digunakan sebaiknya untuk membina hubungan erat PAS bersama rakyat.