NegeriTerengganu

100 Hari Pemerintahan PAS, Pelbagai Penambahbaikan Dilakukan

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Setelah mencecah seratus hari negeri Terengganu yang diterajui oleh PAS, pelbagai penambahbaikan dan janji-janji manifesto dilaksankan.

Timbalan Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional, Cikgu Alias Harun berkata, walaupun Dana Raya yang bukan merupakan tawaran manifesto PAS tetapi diteruskan.

“Sebabnya, ianya memberi manfaat kepada rakyat,” ujar beliau mengulas seratus hari kejayaan kerajaan PAS Terengganu ketika dihubungi pada 20 Ogos.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, sebahagian tawaran manjfesto PRU14 telah dilaksanakan dengan baik.

“Dan yang belum kita laksanakan insyaallah dalam proses untuk kita selesaikan dari sudut teknikalnya “, ujarnya.

Sebagai contoh tambah Cikgu Alias, manifesto yang pertama iaitu tanah yang dipohon semasa 1999 hingga 2004 tetapi telah ditarik balik oleh kerajaan Umno Barisan Nasional yang memerintah tahun 2004.

“Ini merupakan fokus dan sasaran kita….mencari senarai-senarai nama dan bukti-bukti yang mereka telahpun memohon, dan mereka dianaktirikan ketika itu”, ujar beliau.

Manakala, katanya lagi manifesto yang kedua iaitu, mana-mana anak muda yang sudah berumur 21 tahun ke atas dan masih belum memiliki tanah atau tapak rumah.

“Insyaallah kita akan usaha dengan Rancangan Tanah Bersepadu(RTB) yang sekarang ini masih banyak kekosongan, terutama sekali di DUN Rantau Abang”, jelas Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun itu.

Begitu juga tambah Cikgu Alias, Karnival Kahwin Kali Pertama akan kita laksanakan pada November nanti setelah diadakan dengan jayanya pada Jun lalu.

“Dan yang lain-lainnya dalam proses seperti satu DUN, satu sekolah rendah, satu kawasan, satu sekolah menengah, insyaallah kita akan laksanakan”, jelas beliau lagi.

Beliau yang merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang itu melahirkan keyakinan, Terengganu yang ditadbir di bawah kepimpinan Dr. Samsuri Mokhtar yang sentiasa mengutamakan rakyat di dalam membina Terengganu yang maju, diberkati dan sejahtera.

“Insyaallah mereka akan undi, sokongan padu kekal seperti pilihanraya yang ke-14 haritu”, katanya mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️