NegeriTerengganu

ADUN Kemasik Sentiasa Cakna

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili sentiasa peka dan mengambil berat setiap permasalahan rakyat demi kesejahteraan mereka.

“Permasalahan rakyat akan diatasi sebaik mungkin, melalui penyaluran sumbangan atau peruntukan berdasarkan keperluan dengan bajet sedia ada.

“Ini adalah antara langkah yang kita ambil untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat,” katanya kepada pihak media selepas menyantuni rakyat di Perumahan Panalex dan Perumahan Awam Kos Rendah Kg Baru Kertih pagi semalam.

Tambahnya, pemberian Dana Raya sebelum Aidilfitri lalu merupakan antara langkah kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah.

“Ini kerana kerajaan menyedari beban hidup rakyat yang bertambah berikutan kos sara hidup pada masa ini,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️