Bukit Besi Akan Dibangunkan Sebagai Pusat Pelancongan
Oleh: Adli Mohamad
DUNGUN – Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, bandar perlombongan itu akan dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan bersejarah, bakal menarik para pengunjung.
“Kunjungan itu dilakukan adalah kerana AJK KRT Gemecheh tersebut tertarik untuk mengetahui tentang keunikan semulajadi yang terdapat pada Bukit Besi,
“Kuala Jengal ini merupakan diantara perkampungan yang mempunyai keunikan tersendiri, dengan kecantikan alam sekitarnya yang semulajadi dengan adanya sungai yang cetek dan jernih,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas meraikan lawatan rombongan dari Negeri Sembilan itu di Kuala Jengal pada Ahad, 15 Julai.
Selain itu, kata beliau selaku Pengarah PAS Majlis Tindakan DUN terbabit, Bukit Besai juga terkenal dengan kebudayaan yang unik.
“Selain itu kuala Jengal ini mepunyai tradisi kebudayaan yang tersendiri iaitu tarian saba dan tarian piring,
“kita mengalukan-galukan kedatangan rombongan dari Negeri Sembila ini”. Beliau berkata diketika program.lawatan Muhibbah itu,
“Kita berhasrat menjadikan Dun Bukit Besi sebagai hub pelancongan Negeri dengan dimajukan desa-desa seperti Kuala Jengal ini dengan dikekalkan kecantikan semulajadi yang dimiliki,” jelasnya.
Tambah beliau, Bukit Besi ini juga mempunyai air terjun yang cantik dan Tertinggi di Asia iaitu air terjun Cemerong, kawasan semula jadi dan hutan hujan tropika yang menarik.
Rombongan tetamu yang diketuai oleh Ketua Kelab Rukun Tetangga (KRT) Hamzah Abdullah bersama seramai 40 orang ahli.
Turut meraikan oleh kunjungan tersebut ialah Penghulu Mukim Jengal, Mohd Khairul Nizam dan juga pengerusi J3k Kuala Jengal iaitu Razali Muhamad.