NegeriTerengganu

21 Orang Ahli Majlis Mengangkat Sumpah

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Seramai 21 orang ahli majlis yang dilantik telah mengangkat sumpah sebgai Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Ketua Whipp Tuan Haji Chik Tuan Muda berkata, beliau mengharap semua ahli majlis yang dilantik memikul amanah sebaiknya dalam membantu kerajaan yang baru mengambil alih tampuk pemerintahan.

Dan katanya, ianya menjadikan bandaraya Kuala Terengganu menjadi bandaraya yang di segani dan dihormati.

“Wakil- wakil Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ini terdiri dari sembilan DUN antaranya dari DUN Bandar, Wakaf Mempelam, Ladang , Batu Buruk , Buluh Gading, Seberang Takir, Alur Limbat , Tepoh dan Manir,

“dan kesemua Ahli Majlis mengangkat sumpah taat setia dihadapan Yang berbahagia Datuk Bandar Kuala Terengganu iaitu Datuk Tuan Haji Samiun Salleh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di Dewan Alamanda di Pejabat Datuk Bandar diBangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu selepas angkat sumpah pada Rabu, 13 julai.

Katanya, mereka terdiri dariada 21 orang antaranya, Tn Hj Harun bin Saleh pjk, Tn Hj Wan Musa bin Embong , En Mohd Sidek Abdullah, En Mohd Razaki bin Daud, En Azmi A.Rahman, En Mohamad Iszeham bin Mat Ali , En Hamidi bin Jusoh,En Mohd Nazari bin Alias, En Pauzai bin Hussain , Tn Hj Hassan bin Wahid, En Mohd Zabidi bin Amat, En Mohd Azrin bin Aris , En Khairuddin bin Muhammad ,En Mohd Izzat bin Abdullah, En Ahmad Zulkarami bin Salleh , Tn Hj Ramli bin Ismail.En Mohd Nasir bin Embong, Pn Azizah binti Mahmood, Pn Zulaidah binti Idris dan Pn Rusni binti Hassan.

Salah seorang Ahli majlis wanita, Puan Rusni Hassan berkata, beliau berasa terharu kerana di pilih menjadi sebahagian dari anggota Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,

“dan akan sedaya upaya memikul amanah ini sebaiknya,” ujarnya.

Menurutnya, semua yang telah terpilih berikrar akan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan penuh hemah untuk menjadikan bandaraya Kuala Terangganu sebuah bandaraya yang menepati kehendak Terengganu maju, berkat dan sejahtera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️