NegeriTerengganu

PAS Akan Hadapi Tentangan Dan Tawan Seberang Takir

KUALA NERUS – PAS akan ‘menawan’ DUN Seberang Takir pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 kali ini walaupun perlawan sengit dengan MB sementara Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Exco Pemuda PAS Kuala Nerus Haji Fazil Wahab berkata, kekuatan yang ada pada jentera Parti Islam SeMalaysia (PAS) menunjukkan bukti bahawa PAS akan menang dalam PRU ke -14 pada 9 Mei nanti.

“Anak muda memberi sokongan kepada Parti PAS untuk mengambil kembali Seberang Takir yang dahulunya diperintah oleh pemerintahan Umno-BN,

“Dan dengan kesatuan fikrah tenaga pemuda insya Allah kita akan menawan kembali Wisma Darul Iman pada PRU kali ini,” katanya.

Beliau yang juga calon PAS N11 DUN Seberang Takir berucap dalam program Anak Muda Bersama Ulamak Sempena PRU -14 di Padang Bola Batu Enam pada Jumaat, 4 Mei.

Katanya, jumlah kehadiran yang ramai pada petang ini menunjukkan kepada Umno BN bahawa PAS adalah pilihan masyarakat pada hari ini.

“Kita yakin dan percaya ada orang akan simpati dengan kita serta Umno BN akan menyokong parti PAS,

“Dan Insya Allah kita mengekalkan kemenangan di DUN Tepoh, DUN Buluh Gading,DUN Bukit Tunggal dan Parlimen Kuala Nerus serta tidak mustahil DUN Seberang Takir menjadi milik PAS pada kali ini,” ujar beliau.

Justeru, saya menyeru kepada anak-anak muda dalam masa yang tinggal hanya beberapa hari lagi kita kena mengawasi markaz PAS dan kesihatan diri serta memastikan semua masyarakat mengundi PAS.

“ Saya mengharapkan program hari ini akan menjadi kesinambungan kita untuk memperkuatkan tenaga dan jentera PAS bagi menghadapi PRU ke 14kali ini,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️