Muslimat Gempur Kubu Umno Kemasik
KEMAMAN – Muslimat PAS menggempur Kubu Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam operasi ziarah kempen di DUN Kemasik.
Ketua Muslimat DUN kemasik, Ustazah Norliati Lamsah berkata, sambutan yang diberi oleh masyarakat amat menggalakkan kerana tiada masalah dari segi mengundi dan mereka melayan kami dengan baik.
“Hari ini merupakan hari ke dua di dalam operasi ziarah kempen yang mana kelmarin adalah yang pertama di Unit peti Undi (UPU) Ranggon,
“Dan kita berjaya membentuk 10 kumpulan untuk menziarah ke lokasi rumah murah, padang sekolah dan juga Kampung Padang sekitar UPU Kemasik,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas operasi kempen ziarah di DUN Kemasik pada Isnin, 30 April.
Katanya, muslimat pada hari ini masih mengekalkan ‘momuntem’ yang sama dengan kehadiran petugas melebihi 40 orang.
“Dari segi sokongan kita melihat kebanyakan masyarakat di Pengkalan Ranggon akan buat perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 pada 9 Mei,
“Dan mudah-mudahan Allah memberkati keberkatan atas usaha kami dengan memberi kemenangan kepada PAS khusunya di Terengganu dalam PRU ke 14 nanti,”ujarnya lagi.