NegeriTerengganu

Kempen ‘Seberang Takir Bebas Dadah 2016’ Gagal

KUALA NERUS – Gejala dadah masih lagi berleluasa walaupun bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir telah melancarkan kempen DUN tersebut Bebas Dadah pada tahun 2015.

Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, Seberang Takir disebut sebagai kawasan ‘hitam’ yang terdedah dengan penagihan dadah.

“Dalam satu laporan akhbar Berita Harian pada 5 Julai 2017, seorang remaja lelaki yang dipercayai menjadi pembekal pil kuda di sekitar bandar raya dan Kuala Nerus, ditahan dalam satu serbuan di rumah bersama 2,200 biji pil kuda,

“Remaja berusia 18 tahun dari Kampun Batin Seberang Takir, Kual Nerus itu , ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu ketika sedang tidur di ruang tamu, pada kira-kira jam 12 tengahari,” ujar beliau memetik laporan akhbar media perdana.

Beliau berkata demikain ketika ditemui oleh media ketika minum petang bersama rakyat di sekitar Pantai Teluk Ketapang pada Ahad, 29 April.

Katanya, hasrat Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman tidak kesampaian apabila masalah dadah tidak selesai dengan penemuan pil kuda tersebut.

Sehubungan itu, Fazil yang juga calon PAS Seberang Takir berkata, PAS telah menggagaskan Manifesto berkaiatan masalah ‘najis’ tersebut.

“PAS menawarkan satu manifesto ‘Pemulihan Dadah’ yang baik dan kita yakin ia dapat dilaksanakan (kerana ia) bersifat realistik yang bermaksud kita tahu masalah yang berlaku dikalangan masyarakat kita,

“Dan (selain itu) tawaran PAS kepada anak muda adalah menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 20 ribu,”katanya.

Menurutnya lagi, itu adalah satu petanda yang baik bagi mengurangkan gejala sosial dalam masyarakat yang tiada pekerjaan sehingga sanggup buat sesuatu diluar jangkaan dan peranan rakyat tidak menekankan konsep kepada Islam.

“Kebangkitan anak muda adalah satu gelombang perubahan masyarakat yang boleh menentukan generasi akan datang,

“Dan kematangan yang ada pada hari ini akan membuat suatu perubahan yang kita cukup yakin serta percaya bahawa anak muda akan berubah dan beri kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 kali ini,” jelasnya lagi.

Tambah Haji Fazil lagi, kalau ikut politik sejarah, PAS tidak pernah menang di Seberang Takir sehingga ada yang berkata, kalau PAS perintah Malaysia pun, DUN itu tidak akan dimenangi PAS.

“Itu adalah tanggapan dulu tapi sekarang ini orang bertukar lah kalau PAS menang di Seberang Takir, insya Allah kita akan tawan Terengganu,” tegas beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️