NegeriTerengganu

PAS Ajak Masyarakat Capai Kesejahteraan Islam

SETIU – PAS mengajak masyarakat mencapai kesejahteraan Islam dengan senyuman tanpa menggunakan kekerasan atau menimbulkan ketegangan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, PAS berusaha mengembalikan dan membaik pulih masyarakat tanpa perlu melukakan hati sesiapa.

“Kita sebarkan kasih sayang dan persaudaraan sebelum pilihan raya umum (PRU) dan sepanjang tempoh berkempen serta selepas PRU,

“Islam adalah penyelamat dan guru saya pernah berpesan bahawa bukan semua perkara hanya boleh diubah melalui peperangan,

“Tetapi ada banyak kejayaan besar yang boleh dicapai dengan senyuman,”katanya.

Beliau yang juga merupakan calon bagi DUN Jabi berkata demikian selepas program ziarah pada Selasa, 24 April.

Katanya, sepanjang tempoh berkempen PRU 14 ini kita perlu melalui hari- hari yang sangat padat dengan keceriaan dan semangat.

Kuncinya adalah bergerak dengan jasad dan jiwa sekaligus bukan hanya lakonan olok-olok untuk ditunjukkan pada para pengundi.

“Kita meletakkan diri kita sebagai juru jual produk yang PAS tawarkan kepada rakyat dalam bentuk tawaran Manifesto Pilihan raya,

“Dan sememangnya sepanjang tempoh yang agak lama mendampingi masyarakat bawahan berkenaan isu kos sara hidup, PTPTN, tekanan kenaikan harga keperluan harian dan rasuah serta salah tadbir urus negara antara yang menjadi antara perhatian utama rakyat,” ujarnya.

Menurutnya lagi, PAS menampilkan tawaran penyelesaian yang mana Umno dan Barisan Nasional (BN) tak dapat buat seperti PAS lakukan.

“Kita dapati Umno BN tak banyak hujah untuk menolak tawaran penyelesaian PAS,

“Dan mereka hanya mampu jaja dalam kampung mengatakan PAS ambil duit daripada mana untuk tunaikan janji manifesto,”

“Apa pemimpin Umno ingat kita nak tadbir negeri dan negera dengan duit tabung buloh,

“Dan kalau kita tanya balik, Umno BN tadbir negeri dan negara dengan guna duit Umno ke,” soal Dr Azman lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️