NegeriTerengganu

Elakkan Ketegangan

KUALA TERENGGANU – Ahli, para petugas dan penokong PAS dinasihat dan diberi ingatan PAS supaya mengelakkan ketegangan diantara parti-parti lain.

Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, Haji Muhyidin Abd Rashid berkata, parti itu tetap dengan polisi budaya politik matang dan sejahtera bukan sahaja dalam hubungan kemasyarakatan tetapi ketika berkempen.

“ Pesanan saya kepada penyokong parti yang memasang bendera supaya menjaga keselamatan diri,

“Agar kita tidak mahu lihat berlaku perkara yang tidak diingini sepanjang tempoh berkempen,’katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Majlis Pengisytiharan Calon-Calon PAS Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila pada Khamis, 19 April.

Katanya, tempat yang berisiko dan tinggi serta tempat yang melibatkan kabel-kabel elektrik ataupun sungai yang boleh memberi ancaman kepada keselamatan harap dapat dielakkan.

“Saya tengok program anak muda di Hulu Terengganu mendapat sambutan yang luar biasa pada kali ini jika dibandingkan dengan pilihan raya umum (PRU) ke – 13,

“Dan saya sangat yakin pengundi muda insya Allah pada kali ini akan berpihak kepada parti Islam Semalaysia (PAS),”ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️