πŸ”΄ TERKINI
Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak PAS bantu Bomba Sukarela Kampar bina tandas, anggota tidak lagi perlu pinjam tandas stesen minyak Banjir Gugusan Manjoi: Jabatan Amal, Khidmat Malaysia bantu mangsa Uncle terharu terima kunjungan anak PASTI Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak SkimPAS terus bantu waris ahli, RM10,000 disampaikan dalam Liqa’ Fikri PAS Perak πŠπ€π‹πˆπŒπ€π‡ πˆπ’π‹π€πŒ : π’π„ππ’πˆπ“πˆπ•πˆπ“πˆ π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπ…π€π‡π€πŒπˆ WAHAI YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, INI BUKAN ISU TAKUT KAJIAN
Wilayah Persekutuan

2 tawaran istimewa PAS kepada siswazah

KUALA LUMPUR : PAS menawarkan dua solusi kepada para siswazah berhubung isu pendidikan, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

β€œIsu pendidikan yang menjadi persoalan kini adalah bebanan yang ditanggung oleh rakyat untuk mereka masuk ke alam pengajian tinggi disebabkan oleh yurannya yang di luar kemampuan rakyat,

β€œOleh kerana itu, rakyat hari ini terpaksa pinjam dengan satu tabung yang namanya PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan apabila mereka habis belajar mereka terbeban dengan hutang tersebut.” kata beliau dalam rancangan Bicara Malaysia Sejahtera yang disiarkan di FB Live, malam tadi.

Menurutnya, jika hutang tersebut tidak dibayar dalam tempoh setahun, maka mereka boleh disenaraihitamkan.

Sehubungan itu, katanya PAS menawarkan dua penyelesaian kepada isu pendidikan itu kepada golongan siswazah khususnya anak muda.

β€œPertama, berhubung dengan PTPTN, kita akan hapuskan. Kita lupuskan segala hutang yang sedang ditanggung oleh pelajar-pelajar yang baru habis pengajian ini. Ini adalah bagi jangka masa pendek,” ujarnya.

Beliau menambah, manakala bagi perancangan jangka masa panjang pula adalah berkenaan tabung yang bersifat hibah.

Kaedah itu, kata beliau akan membawa ke arah menjadikan yuran pengajian di peringkat universiti awam secara percuma.

β€œMacam mana seseorang yang nak berlari dengan membawa beban, boleh untuk berlari laju? Ini satu sekatan kepada rakyat muda khususnya. Kerana itu kita tawarkan kepada rakyat,” kata beliau menerangkan lagi konsep PTPTN yang membebankan para siswazah kini. – HARAKAHDAILY 21/4/2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️