βFastaqim 2.0 Lambang Kematangan Politik Rakyat | Parti Islam Se Malaysia (PAS)
KUALA NERUS, 30 Sept : Mewakili barisan NGO, Tuan Haji Mustafa Kamil Ayub, wakil Kongres Rakyat, menyifatkan Himpunan Fastaqim 2.0 ini sebagai lambang kematangan politik rakyat.
Menghurai lebih lanjut, beliau mendakwa kemerdekaan yang dikecapi selama lebih 60 tahun ini ternyata memerlukan dokongan baru memandangkan negara masih terumbang ambing di bawah kepimpinan yang korupsi.
βSaya berharap juga dengan gelombang yang diterajui oleh PAS Β ini kita mampu mengetengahkan kepimpinan PAS yang diketuai oleh Tuan Guru Datoβ Seri Haji Abdul Hadi selaku Timbalan Kesatuan Ulama Islam Sedunia,β ujar Β Timbalan Pengerusi Kongres Rakyat.
βMisi dan visi Islam yang jelas adalah jalan yang boleh memulihkan permasalahan hati ini,β katanya ketika mencemuh sifat tampuk kepimpinan sekarang yang hanya tahu mengkayakan diri sendiri sahaja.
Mengakhiri ucapan, beliau sekali lagi menyatakan kebersamaan bersama Parti Islam SeMalaysia dan yakin dengan barisan NGO-NGO lain yang turut menyokong baik golongan profesional dan ulama.