Berkhatan; Medan Bakti Kepada Masyarakat
Oleh : Mohd Faizal Nahwan Abdullah
KEMAMAN – Program berkhatan beramai-ramai yang dilaksanakan adalah merupakan salah satu medan bakti, khidmat pada masyarakat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata, program sebegini amat bermanfaat kepada warga yang tinggal di kawasan kejiranannya.
“Program berkhatan ini sudah menjangkau usia lima tahun pelaksanaannya dan mendapat sambutan yang amat meriah sekali oleh masyarakat sekitar,
“tanpa sokongan pihak yang menyumbang, bomba, doktor dan persilat, program berkhatan ini tidak akan semeriah begini,
“kita juga menyediakan jamuan rakyat bagi makan tengahari dan sambutan amat meriah sekali dengan lauk pauk habis dinikmati oleh para tetamu yang hadir,” jelas beliau.
Beliau berkatata demikian ketika hadir bersama Program Berkhatan kali Kelima di Surau Haji Muda, Geliga, di sini pada pagi Sabtu 25 November.
Seramai 67 orang peserta mendaftarkan diri bagi majlis berkhatan yang turut ditemani oleh ibu bapa masing-masing.