NegeriTerengganu

11 Madrasah Dar Pada 2018

DUNGUN – Sebanyak 11 buah Sekolah Rendah Islam (Madrasah Dar) yang bernaung di bawah Dewan Ulama PAS Terengganu akan memulakan sesi persekolahan 2018.

Pengarah Jawatankuasa Panitia Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) Che Wan Mustaffa Che Wan Kaman (Gambar bawah) berkata, ia bertambah dari Sembilan buah daripada jumlah Madrasah Dar yang telah beroperasi sejak tahun 1987.

“tahun ni (2017) kita ada sembilan buah (Madrasah Dar), tahun 2018 kita ada 11 buah…..asalnya dulu (bermula dengan) Madrasah Darul Taqwa Batu Enam,

“jadi berkembang…..ini perkembangan kita, selain daripada kita mengambil peperiksaan (UPSRI) bersama, kita melaksanakan program kesenian dan sukan bersama,

“pengurusan buku teks, kursus guru, kebajikan dibawah Jabatan Tarbiyah dan Lujnah Persekolahan Dewan Ulama PAS Terengganu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan itu yang diadakan di Dewan Utama Darul Bayan di sini, pada Sabtu 25 November.

Mudir Madrasah Darul Bayan itu menambah, Badan Perhubungan PAS Terengganu mensasarkan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan memiliki sekolah rendah Islamnya sendiri.

“satu DUN satu sekolah Dar dan alhamdulillah, perkembangan mutakhir ini sentiasa ada pertambahan sekolah baharu…..dua tahun lepas Darul Falah (Tepoh) dan Darul Furqan (Jerteh) dan tahun (hadapan ini),

“Darul Ulum Chendering dan Darul Rahman di Kertih dan pada tahun 2019, inshaaAllah Darul Abrar di Setiu,” ujarnya.

Seramai 40 orang pelajar yang berjaya memperolehi pencapaian cemerlang 10A (14 ), 11A (07), 12A (07) dan 12 orang 13A, diraikan pada Majlis tersebut.

Adik Muhammad Khairul Amin bin Mohd menerima Anugerah Tuan Guru Haji Awang Nasruddin bin Abu Bakar (Tokoh Kepimpinan Pelajar Banin) dan Adik Najwa Salwa mendapat Ustazah Aisyah bt Awang (Tokoh Kepimpinan Banat).

Manakala pelajar terbaik mendapat keseluruhan, Ahmad Amir Muzakkir bin Sazali yang mendapat 13A dalam UPSRI menerima Anugerah menerima Anugerah Tuan Guru Haji Harun Taib dan Madrasah Darul Taqwa Batu Enam mendapat anugerah sekolah paling cemerlang.

Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Dato’ Dr. Mahfuz Mohamad itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly dan Ahli Jawatankasa Dewan Ulama PAS Terengganu Nik Muhammad Nasri Nik Malek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️